nuff 1

Ahad, 2 Januari 2011

Kenapa curang???

  Post sebelum ni tentang curang, kali ni pun still pasal curang jugak. CikSeri masih tertanya-tanya kenapa perlu curang dengan pasangan masing-masing??  Jadi selidik punye selidik ade la beberapa point yang CikSeri nak share sama.




#1.   Kurang didikan agama....
        -Tapi kalau anak pak imam sekalipun, kalau dah 
        Setan tu bertanduk2, jahanam jugak..Apalagi bagi mereka2 yang tak mempunyai basic tentang ilmu agama. Sekurang2nya didikan agama yang ditanam semenjak kecil menjadi benteng dan panduan untuk memilih yang mana betul dan yang mane salah.





#2.   Tak puas enjoy...
        - Kahwin pada usia yang muda dan ini sekaligus menyebabkan  
         penyumbang kepada pasangan suami isteri curang. hurm...Boleh 
         jadi jugak kan?? sebabnya lepas habis sekolah je terus kahwin  
         n tak puas nak berseronok2. Tapi bukan semua tau,ada jugak 
         pasangan yang kahwin awal pun bahagia sampai anak cucu.            



#3.   Pasangan kurang beri perhatian...
       - Hmmm...kalau macam tu ape kata buat perbincangan antara 4 mata. 
         tak perlu la ini dijadikan alasan untuk mendapatkan perhatian 
        daripada orang lain. "LONTARKAN" apa yang terbuku kat hati tu.
         Boleh macam tu??? Kalau dah tak boleh jugak cari orang ke3 tapi awas!! cari yang betul2 boleh dipercayai bukan orang yang hanya tahu mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain. 
         
      


#4.   Untuk suka2 je....
       - Tak de la sampai nak kawin pun, tapi 
setakat nak suka2, mane tau boleh dapat  hasil daripada pujuk rayu ??
 Maksud CikSeri...rantai ke, gelang ke,
        cincin ke..hape2 je la yang boleh mendatangkan hasil.. Jangan terhutang budi sampai tergadai body cam  beruk kat sebelah tu udahla ye.
Tu bagi perempuan  la, Bagi lelaki plakss ape yek???


         
         #5.  Perasaan yang berbunga2 ketika dipujuk rayu...
      - Rasa macam kene karen je bila dengar ucapan2 manis daripada 
        orang lain. Mengembang semacam je hati tu. Tak peduli dah kata
        orang, tergedik2 je nak tunjuk perasaan tu kat kenkawan. Tersengih sana, tersengih sini, dah macam orang otak tak centre plak CikSeri tengok. Berbual di telefon macam2 gaye,ngan suami/isteri sendiri tak de plak sampai macam tu.           


#6. Mengenyam...
    - Hehe,boleh gitu??? Pantang la orang lain puji skit, 
mula la nak gedik. Dapat bunga macam dapat emas berlian, walaupun   
badan dah menggelebeh sebab dah beranak 2,3 masih lagi percaya bila dipuji cantik n segak bergaye. Mula la ubah stail. Daripada tak mekap, terus tebal    berinci2 muka tu. Tudung tu pun daripada berlitup sampai bawah dada, dah naik ke atas menampakkan dada yang tak berapa nak montok tu.  yang lelaki plak terus ubah penampilan bagi bergaye lebih bagi orang lain tengok selera lebey Skit. 



Sekian sudah sessi bebelan CikSeri pada kali ni. 6 cukupla,.nnti ramai plak yang menyampah baca CikSeri membebel.Sapa yang terasa Cik Seri minta maaf banyak2,bukan nak mengaibkan cuma untuk renungan kita bersama.Semua di atas bukan la alasan untuk kita curang terhadap pasangan masing2.Pokok pangkalnya kembali pada Allah.Berdoa minta pada Allah kerana Allah sentiasa mendengar akan doa2 kita.Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik pada kita..Amin




P/S: Terima kasih pada En. Google atas2 pic2 kat atas nu..hihi.....

http://BlogCikSeri.Blogspot.Com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...